Hak alam sekitar.
Ok aku nak share karangan yang aku buat. Baca jangan tak baca...
Sedarwarsa ini kita lupa akan kepentingan alam semula jadi terhadap hidup kita. Kesihatan fizikal dan mental kita adalah disebabkan alam semula jadi. Namun pada abad yang ke-21 ini kita sering melukai alam sekitar yang sedia ada ini sedikit demi sedikit. Luka ini harus diubati dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah dan tidak dapat diubati lagi, bak kata pepatah Melayu “cegah sebelum parah”.
Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab kita perlu sedar bahawa kita memerlukan alam sekitar yang bersih lagi ceria. Tanpa persekitaran yang bersih pelbagai penyakit boleh menular contohnya, seperti demam denggi. Nyamuk aedes menyebarkan satu penyakit yang amat merbahaya iaitu demam denggi yang boleh membawa maut. Nyamuk ini membiak apabila ada takungan air seperti di dalam tayar atau di pelastik. Sebagai seorang pengguna kita perlulah membuang air ini dan menghantar tayar atau pelastik tersebut ke tempat pembuangan sampah untuk dilupuskan. Namun persekitaran yang kotor juga adalah disebabkan kita. Segelintir manusia sering kali membuang sampah merata-rata dan menyebabkan landskap atau pemandangan tidak indah. Hal ini juga adalah salah satu faktor pembiakan nyamuk aedes kerana jikalau kita membuang bekas air pelatik air akan bertakung dan nyamuk akan membiak. Namun dengan kata-kata tidak mencukupi. Kata-kata ini harus diikuti dengan tindakan susulan oleh pihak yang bertanggungjawab Kerajaan Malaysia telah mengubal undang-undang seperti akta kualiti alam sekeliling,1974, akta racun mahluk perosak,1924,dan pelbagai akta lagi. Sebagai seorang pengguna, kita mesti menginginkan sedikit kehijauan di sekitar rumah kita, oleh itu kita boleh menanam pelbagai tanaman hiasan seperti pokok bunga kertas untuk menceriakan lagi kawasan rumah kita. Jikalau ada tanah lapang di belakang rumah , bolehlah kita menanam pokok limau ataupun pokok serai kerana, jika kita ingin menggunakan bahan itu, tidak perlulah susah-susah untuk membelinya di kedai. Maka tidak perlulah kita membazir duit.
Selain itu, kita juga berhak mendapat alam sekitar yang harmoni. Kita haruslah berjuang untuk mendapatkan keadaan harmoni kerana zaman ini penebangan pokok yang berleluasa telah menyebabkan tanah runtuh dan keadaan ini tidak harmoni. Penebangan pokok yang tidak dapat dibendung telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan liar. Apabila rumah haiwan ini tiada lagi mereka akan masuk ke kawasan yang didiami manusia dan timbullah masalah haiwan liar. Contohnya haiwan liar menyerang penduduk. Haiwan itu tidak bersalah kerana ini semua perbuatan manusia yang mementingkan diri sendiri, dan tidak memikirkan apa yang akan terjadi jikalau terlalu banyak pokok yang ditebang. Keadaan ini juga tidak harmoni. Jadi pengguna juga harus memainkan peranan penting seperti memberitahu pihak berkuasa mengenai masalah alam sekitar dengan pantas. Namun ada juga sesetengah pihak schizo paranoia takut pecah tembelang telah menyogok sesetengah pihak yang mahu menyelesaikan masalah ini. Jika kejaidan ini berlaku jangan takut untuk memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).Tambahan pula jika terlampau banayk pokok ditebang kejadian tanah runtuh akan berlaku. Hal ini kerana akar pokok bagai jaring-jaring yang menahan tanah ini dan kemungkinan ramai orang yang akan terkorban. Inilah bahana jika terlampau banyak menebang pokok.
Sebagai seorang pengguna juga kita memerlukan suasa yang aman dan damai. Apabila telah penat berkerja kita amat memerlukan rehat yang cukup. Tetapi ada juga sesetengah pihak kilang yang tidak mengambil berat tentang masalah ini. Mereka sering menggangu penduduk perumahan yang berdekatan dengan kawasan perindustrian dengan bunyi bising dan tidak menyanangkan . Ada juga bunyi bising yang berlarutan hingga lewat malam sehingga menganngu waktu tidur. Bagaimana kita hendak merehatkan diri setelah penat berkerja seharian? Oleh itu kita haruslah dengan segera memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib supaya masalah ini tidak berlarutan. Jikalau tindakan ini tidak berkesan panggilah pihak media sebagai sumber kita untuk menyatakan masalah ini.
Pencemaran air yang berlaku akan memudaratkan alam sekitar. Ini kerana jika lepasan toksid di lepaskan di sungai atau laut, banyak haiwan dan tumbuhan maritim akan mati. Perkara ini kan menjadi lebih buruk jika nelayang menangkap ikan yang beracun lalu memakannya.Satu lagi kemungkinan mungkin berlaku iaitu tanaman rosak. Jika lepasan toksid itu berdekatan dengan tempat tanaman padi, padi tersebut mungkin rosak dan ini boleh merosotkan pendapatan para petani. Pihak yang bertanggungjwab melepaskan toksid ini harus dikenakan hukuman berat. Mereka sepatutnya menapis bahan toksid tersebut dan kemudiannya hantar ke suatu tempat untuk dilupuskan dengan cara selamat. Para pengguna yang melihat masalah ini harus melaporkannya kepada pihak Jabatan Alam Sekitar. Ada pihak juga menangkap ikan menggunakan bom ikan. Bom ini akan merosakkan suasana harmoni alam sekitar. Penggunan bom dalam penagkapan ikan dilarang sesame sekali kerana mampu mencabut nyawa kita. Oleh itu terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah yang serius ini.Selain itu, pencemaran air juga mampu mewujudkan satu fenomena hujan asid. Hal ini berlaku kerana apabila air tesebut disejat dan menjadi awan awan tersebut akan menjadi berasid. Apabila kandungan air di dalam awan semkain berat , maka air asid yang disejat tadi akan turun dan mampu merosakkan besi serta banggunan
Setiap manusia memerlukan udara yang segar dan bersih. Pembakaran tebuka juga antara salah satu faktor yang boleh menjejaskan kesihatan dan juga menjadikan suasana alam sekitar menjadi tidak selesa dan boleh menyebabkan jerbu yang teruk. Pihak yang bertanggungjawab haruslah mencari jalan supaya pembakaran terbuka tidak menggangu penduduk perumahan . Contohnya , melakukan pembakaran yang jauh dari kawasan perumahan, jauh dari lebuh raya dan jauh dari sungai. Namun ada juga pihak yang berdegil dan terus melakukan aktiviti yang mampu menjejaskan kesihatan terutama orang yang mempunyai masalah semput. Oleh itu, kita haruslah memberi nasihat kepada mereka supaya menghentikan pebuatan mereka itu jikalau tidak, laporkan kepada pihak berkuasa kerana pembakaran tebuka ini mampu menggangu masalah kesihatan seseorang. Masalah pembakaran terbuka ini juga mampu menjadikan suhu sesuatu tempat itu menjadi panas. Sebagai seorang manusia kita haruslah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap kesihatan seseorang.
Selain itu apabila alam sekitar Negara Malaysia ini menjadi bersih dan ceria, ramai pelancong asing akan melawat negara kita ini. Apabila pelancong asing datang ke negara kita , mereka mampu manaikkan nama Malaysia sebagai negara yang bersih dan ceria di mata dunia. Pendapatan para peniaga juga kan meningkat.Oleh itu, akan ada ramai pelabur dari luar negara akan tertarik untuk melabur di Malaysia kerana perekitarannya yang bersih. Mereka juga kan menaikkan mata wang Negara kita ini dan menjadikan Negara Malaysia sebagai tempat pelaburan utama mereka. Malah negara kita akan dihormati serta disegani oleh masyarakat luar kerana persekitarannya yang bersih dan menarik .
Penggunaan kulit haiwan dalam pembuatan barangan harian seperti kasut, baju dan beg tangan harus dikurangkan. Hal ini supaya haiwan tidak pupus. Tambahan pula ,dengan cara pengurangan pembuatan barangan harian ini kita mampu menyelamat haiwan di darat dan juga haiwan di dalam air sterusnya menjadikan ekosistem menjadi stabil.
Kita juga mampu menyelamatkan alam semula jadi dengan mengitar semula bahan buangan seperti pelastik, tin dan juga kaca. Kita boleh mengitar semulanya dengan membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah kitar semula. Terdapat tiga warna dan ketegorinya adalah bebeza-beza seperti kaca, pelastik dan jugak tin. Tong ini boleh didapati di mana-mana sahaja contohnya jikalau kita bersenam , kita hendak membuang botol air pelastik itu kita boleh membuangnya di dalam tong sampah itu, tetapi ingat jangan buang sampah di tong sampah yang salah. Program kitar semula yang dijalankan di sekolah-sekolah juga menunjukkan bahawa pihak sekolah mengambil berat tentang alam sekitar. Kita juga boleh menggunakan bahan yang boleh dikitar semula untuk diguna semula. Contohnya macam tin, kita boleh menjadikannya sebagai pasu bunga dan boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk meletak alat tulis seperti pembaris, pensil dan lain-lain. Dorongan ibu bapa kepada anak-anak untuk mengitar semula mampu untuk menyelamatkan alam sekitar. Peguwujudan Taman Negara juga mampu menyelamatkan alam semula jadi kerana mereka melindungi haiwan liar dan tumbuhan liar daripada hilang dan lama kelamaan akan pupus. Jikalau hal ini berlaku generasi akan datang tidak dapat mengenali semua tumbuhan dan hawan ini..
Malahan di peringkat antarabangsa juga sebuah badan pemantawan alam sekitar telah ditubuhkan pada 7 April 1948 yang dinamakan WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Mreke bertangunggjwab untuk mengawal masalah alam sekitar dan juga masalah penyikit seperti AIDS. Mereka juga menggalakan pemakanan buah-buahan serta sayur sayuran keranan syur-syuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Sepeti iron salah satu mineral yang diperlukan oleh badan kita dapat menghindari penyakit anemia dan juga kekejangan otot yang boleh didapati di sayur-sayuran hijau.Selain itu vitamin c yang boleh didapati dalam buah-buahan segar dan sayuran dapat mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit dan boleh megurang kan jangkitan di gusi yang menyebabkan gusi berdarah semasam memberus gigi Mereka juga menggalakkan makan makanan yang berkhasiat supaya kesihatan kita terjamin.
Organisasi-organisasi seperti sekolah dan lain-lain haruslah menyumbang serba sedikit kepada alam sekitar. Guru-guru haruslah menanam sifat mencintai dan menyayangi alam sekitar melalui pendidikan sivik atau pendidikan moral. Selainitu, ketua-ketua pelajar juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah. Sifat ini bukan perlu ada di sekolah sahaja tetapi perlulah melakukannya ketika berada di luar kawasan sekolah.
Akhir sekali sifat menyayangi alam sekita haruslah ada pada setiap individu itu tersendiri. Mereka haruslah menyayangi alam sekitar dan membersihkan alam sekitar supaya luka yang parah ini diubati. Tuntasnya sifat sayangi akan alam sekitar ini harus disemai kepada setiap individu itu sendiri .Selamatkan lah alam sekitar ini sebelum terlambat bak kata pepatah Melayu”sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna”.
Ok dah abis...
Comments
Post a Comment