I just wanna share with you guys about this history story. Enjoy it


   
SEJARAH DATO’DOL SAID Dato’ Dol Said Bin Omar atau dikenali Abdul Said adalah penghulu Naning ke sembilan. Riwayat hidup beliau bermula pada tahun 1772 hingga tahun 1849. Naning terletak antara Rembau dan juga Melaka.Pusat pentabiran Naing terletak di Taboh  Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang tokoh yang terukir namanya di keris Negeri Melaka ini. Beliau berasal daripada kaum Selemenggong. Dol Said menjadi pengganti Penghulu Anjak sebagai penghulu Naning yang ke Sembilan ketika umur beliau berusia 26 tahun. Beliau menginggal dunia pada tahun 1849 dan disemadikan di Makam Taboh Naning. Antar factor penentangan Dol Said terhadap piha British adalah kerana mempertahankan kemerdekaan Naning,menentang pelaksanaan undang-uindang British dan menentang bayaran cukai yang dikenakan oleh pihak British.           Pada tahun 1824 satu perjanjian telah ditandatangangi antara British dan juga Belanda, Menurut perjanjian ini , melaka diserahkan kepada British. Pihak British mendakwa bahawa Naning teletak dalam negeri Melaka setelah British mendapat tahu hasil keluaran bagi Naning sebulan sebanyak 4500 dolar. Oleh yang demikian pihak British mengarahkan supaya Naning mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh British. Dakwaan oleh pihak British tidak dapat diterima oleh Dol Said.        
Pada tahun 1829, pemerintah Bristish di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebenya 1/10 daripada hasil perolehan. Hal ini dikatakan bepunca daripada kesilapan Gabenor Lewis dan Fullteron. Dol Said yang ketika itu dikatakan menjadi penghulu Naning pada zaman itu membantah perintah membayar cukai tersebut. Selain itu pihak British juga mengenalkan undang-undang yang baharu yang mengugat kedudukan Dol Said. Dol Said diperintahkan supaya tidak menguruskan kes-kes jenayah. Namun begitu pada tahun 1828 Dol said berkeras dan melaksnaka satu kes jenyah menyebabkan beliau diberi amaran keras oleh pihak British. Dol Said gigertak akan dilucutkan jawatan.Rentetan peristiwa yang berlaku pada tahun 1831 satu pasilan seramai 150 orang askar Sepoi dan dua buah merian dihantar ke Naning bagi memusnahkan Dol Said serta pengikutnya. Dalam perang Naning yang berlanjutan selama 18 hari bermula pada 6 Ogos sehingga 24 Ogos 1831, pihak Inggeris telah tewas di tangan Penghulu Naning ketika itu iaitu Dol Said dengan menggunakn teknik peperangan gerila. Dol Said meminta bantuan dari Sri Menanti, Sungai Ujong Johol dan Muar manakala orang Rembau di bawah kepimpinan menantu Yamtuan Muda Raja Ali iaitu Syed Shaaban.
 Namun tidak disangkakan bahawa Yamtuan Muda Ali memberi bantuan ketenteraan kepada Inggeris seramai 600 orang hulubalang. Inggeris tidak berpuas hati dan menyerang Naning pada tahun 1832 dengan tentera yang lebih besar yang diketuai Kolenel Herbert. Dol Said kehilangan ramai pengikutnya dan beliau berundur ke Seri Menanti. Pusat pentabiran Naning iaitu Taboh juga dibakar dan kawasan perumahan di Naning juga dibakar.
 Dalam tempoh 4 bulan Naning jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1832 setelah Dol Said menyerah diri. Naning kemudiannya di letakkan di bawah undang-undang Negeri-Negeri Selat pada tahun 27 Otober 1832. Dol Said dieberi rumah di Melaka dan juga diberi pencen. Walaupun Naning jatuh ke tangan British tetapi Dol Said telah berjaya merugikan British apabila Pihak British menyedari mereka telah kehilangan 100,000 Paun Sterling hanya untuk mendapatkan Kerajaan Naning.

Comments

Popular posts from this blog

hujan asid

ikhlas

berhati2